Loading...
Judul : Kes Demam Denggi Kian Meningkat Di Seluruh Negeri Pahang
link : Kes Demam Denggi Kian Meningkat Di Seluruh Negeri Pahang
Kes Demam Denggi Kian Meningkat Di Seluruh Negeri Pahang
Jumlah itu menunjukkan peningkatan 103 kes atau 52 peratus berbanding 198 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman berkata, Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu, 148 kes, diikuti Temerloh(44 kes), Pekan (30 kes), Jerantut (20 kes), Bentong (16 kes) dan Rompin (14 kes).
Manakala Maran, 11 kes, Bera (8 kes), Lipis (6 kes), Raub (5 kes) dan Cameron Highlands (1 kes).
Menurutnya, dalam tempoh sama tahun ini, jumlah lokaliti wabak denggi meningkat 400 peratus apabila 15 kejadian wabak direkodkan berbanding tiga kejadian dalam tempoh sama pada 2018.
"Terdapat empat lokaliti yang masih aktif termasuk di Felda Bukit Goh Peringkat 1 (5 kes), PAKR Panching, Jalan Sungai Lembing (5 kes) di Kuantan, Kuarters Penjara Mempaga, Bentong (4 kes) dan Taman Peramu Jaya 3, Pekan (4 kes)," katanya.
Dr Sha'ari berkata, selain kediaman, pihaknya mendapati pembiakan nyamuk aedes berlaku di kawasan taman rekreasi, tanah lot kosong, tapak bina, tempat pembuangan sampah, tapak semaian, kilang dan gudang.#sumber
Demikianlah Artikel Kes Demam Denggi Kian Meningkat Di Seluruh Negeri Pahang
Sekianlah artikel Kes Demam Denggi Kian Meningkat Di Seluruh Negeri Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes Demam Denggi Kian Meningkat Di Seluruh Negeri Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/kes-demam-denggi-kian-meningkat-di.html
0 Response to "Kes Demam Denggi Kian Meningkat Di Seluruh Negeri Pahang"
Catat Ulasan