Loading...

Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong

Loading...
Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong
link : Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong

Baca juga


Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong


KUANTAN - Polis menahan 30 wanita dan empat lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh ketika menghadiri program motivasi di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata, polis menjalankan siasatan selepas gambar yang memaparkan sekumpulan wanita berkeadaan separuh bogel di kawasan padang di resort itu tular menerusi laman sosial Facebook.

"Gambar berkenaan memaparkan terdapat sebahagian daripada kumpulan perempuan hanya berseluar dan berbaju dalam.

"Siasatan awal polis mendapati aktiviti itu adalah program motivasi anjuran sebuah spa kecantikan dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 80 wanita tempatan dengan kesemua peserta menginap di resort tersebut sejak Isnin lepas hingga hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, polis menahan 34 individu termasuk pengendali program motivasi syarikat spa yang beroperasi di Johor Bahru sementara peserta dari cawangan Kuala Lumpur pula telah pulang lebih awal.

Berikutan itu, beliau menasihati peserta yang telah pulang awal agar tampil secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bagi membantu siasatan menurut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.

Menurutnya semasa kejadian penduduk setempat telah menegur aktiviti tersebut.

"Penduduk turut membuat laporan polis berkenaan aktiviti berkenaan," katanya.

Kes itu merupakan yang kedua berlaku di padang resort berkenaan. Kali pertama ialah pada awal 2017, melibatkan peserta lelaki. #sumber


Demikianlah Artikel Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong

Sekianlah artikel Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/polis-tahan-34-individu-separuh-bogel.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Tahan 34 Individu Separuh Bogel Di Bukit Tinggi Bentong"

Catat Ulasan

Loading...