Loading...
Judul : Lelaki Di Tahan "Muat Naik" Komen Hina Agong Di Facebook !
link : Lelaki Di Tahan "Muat Naik" Komen Hina Agong Di Facebook !
Lelaki Di Tahan "Muat Naik" Komen Hina Agong Di Facebook !
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang pemilik akaun Facebook bernama ‘Shahril Chain’ selepas lelaki itu memuat naik komen jelik terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan institusi diraja di Sungai Petani, Kedah di sini hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut atau menyebut apa-apa perkataan menghasut.
“Suspek juga akan disiasat di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut atau menyebut apa-apa perkataan menghasut.
“Selain itu, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, permohonan reman ke atas suspek akan dilakukan pada esok.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan medium laman sosial dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang memperlekehkan sistem raja berperlembagaan negara ini sehingga mencetuskan provokasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam. #sumber
Demikianlah Artikel Lelaki Di Tahan "Muat Naik" Komen Hina Agong Di Facebook !
Sekianlah artikel Lelaki Di Tahan "Muat Naik" Komen Hina Agong Di Facebook ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Di Tahan "Muat Naik" Komen Hina Agong Di Facebook ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/lelaki-di-tahan-muat-naik-komen-hina.html

0 Response to "Lelaki Di Tahan "Muat Naik" Komen Hina Agong Di Facebook !"
Catat Ulasan