Loading...
Judul : Serangan Christchurch: Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di ICU
link : Serangan Christchurch: Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di ICU
Serangan Christchurch: Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di ICU
KUALA LUMPUR- Seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan tembakan rambang di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, Rahimi Ahmad dilaporkan dalam keadaan stabil meskipun sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pegawai Perubatan di Hospital Christchurch yang juga merupakan rakyat Malaysia, Mohamad Firdaus berkata, keadaan Rahimi stabil namun masih perlu menjalani beberapa pembedahan susulan.
“Pembedahan itu bagi membuang serpihan namun tidak dapat dipastikan sama ada ia merupakan serpihan peluru, tulang atau benda lain yang terdapat dalam ruang dural mangsa.
“Abang Tarmizi (Mohd. Tarmizi Shuib) juga masih hidup dan tolong jangan sebarkan berita palsu kematiannya. Buat masa ini, saya tidak dapat berjumpa dia berikutan masih dalam bilik pembedahan,” katanya sebentar tadi.
“Anaknya, Daniel menemani dia tidur di wad selepas selesai pemeriksaan MRI. Bagaimanapun, gambar dan butir kecederaan dia tidak dapat didedahkan kerana belum mendapat kebenaran pesakit,” jelasnya.
Menurutnya, dia mengesahkan ketiga-tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan di Christchurch masih hidup selain mencela individu yang menyebarkan berita palsu berhubung kematian mereka. #sumber
Demikianlah Artikel Serangan Christchurch: Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di ICU
Sekianlah artikel Serangan Christchurch: Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di ICU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Serangan Christchurch: Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di ICU dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/serangan-christchurch-rahimi-ahmad.html
0 Response to "Serangan Christchurch: Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di ICU"
Catat Ulasan