Loading...
Judul : Serangan Di Masjid: Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru !
link : Serangan Di Masjid: Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru !
Serangan Di Masjid: Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru !
ALOR SETAR - Rakyat Malaysia, Mohd. Tarmizi Shuib, 42, yang cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan bagi membuang peluru di bahagian belakang badannya.
Kakak mangsa, Mariani Shuib, 49, berkata, isteri Mohd. Tarmizi, Marina Hamzah, 46, memaklumkan bahawa adik bongsunya itu telah selamat menjalani pembedahan pada pagi ini.
"Alhamdulillah saya lega apabila mendapat tahu adik saya dalam keadaan stabil dan kami sekeluarga mendoakan dia cepat sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Hutan Kampung di sini hari ini.
Dia ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Katanya, anak kedua Mohd. Tarmizi, Mohd. Haziq, 17, yang hilang sejurus insiden itu masih belum ditemui.
"Haziq belum ditemui dan saya memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan anak saudara saya itu," ujarnya yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Menurut Mariani, dia dan sepupunya, Nordina Ahmad Fauzi, 30, akan berlepas ke New Zealand dalam masa terdekat ini dengan tiket penerbangan dibiayai oleh kerajaan negeri Kedah dan Pusat Khidmat Parlimen Pokok Sena.
"Saya sedang menguruskan tiket penerbangan dan merancang untuk pergi ke sana secepat mungkin," ujarnya.
Tambahnya, dia sukar untuk menerima kejadian yang berlaku terhadap adik bongsunya itu kerana mereka sangat rapat.
"Kami sekeluarga dalam keadaan susah hati dan bersedih, jadi saya berharap tiada lagi penyebaran cerita palsu bahawa Tarmizi telah meninggal dunia," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Serangan Di Masjid: Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru !
Sekianlah artikel Serangan Di Masjid: Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Serangan Di Masjid: Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/serangan-di-masjid-tarmizi-jalani.html
0 Response to "Serangan Di Masjid: Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru !"
Catat Ulasan