Loading...

Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah

Loading...
Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah
link : Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah

Baca juga


Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah



KUANTAN - Daerah Kuantan mencatatkan penurunan 90 kes jenayah daripada keseluruhan yang dicatatkan tahun ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ini bererti sebanyak 30 peratus kadar jenayah berjaya diturunkan membabitkan kes seperti pecah rumah, ragut, pecah kenderaan dan lain-lain.

Menurutnya, kadar penurunan ini bukan semata-mata hasil kerja Polis Diraja Malaysia bahkan, ia juga adalah hasil kerjasama masyarakat secara keseluruhannya.

"Polis tidak boleh bersendirian, kita mesti bersama masyarakat tak kira kaum untuk sama-sama melakukan pelbagai usaha pencegahan jenayah

"Masyarakat pada hari ini sangat peka dengan keadaan dan masalah sekeliling. Mereka bekerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada polis dan ini sangat membantu pihak polis menjalankan siasatan termasuk pencegahan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di Astaka Anjung Selera Sungai Lembing dekat sini, hari ini.

Mohamad Noor turut menyampaikan ucap tahniah kepada masyarakat Sungai Lembing di atas pencapaian terbaik dalam rekod jenayah daerah Kuantan di mana hanya mencatat satu kes sahaja, bulan ini.

"Dalam satu tempoh kajian kita, Balai Polis Sungai Lembing hanya mencatatkan satu kes sahaja. Ini adalah lambang kepimpinan persatuan-persatuan, ketua kampung dan Tok Penghulu dan masyarakat.

"Saya harap Sungai Lembing kekalkan keharmonian kerana kita melihat ramai orang luar datang ke kawasan pelancongan ini.

"Sungai Lembing menjadi kawasan tumpuan terutama pelancong. Tempat pengeluaran bijih timah yang terunggul. Bukan sahaja terkenal di negara ini bahkan di seluruh dunia. Mereka yang suka menelusuri kesan sejarah dan peminat sukan motocross, juga datang ke sini," katanya.

Hadir sama Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Senior Asisten Komisioner, Datuk Abdul Aziz Salleh.

Turut diadakan Konvoi Bermotorsikal dan edaran poster polis kepada wakil penduduk serta lampiran berupa maklumat pencegahan jenayah kepada penduduk. Ia termauk maklumat berkaitan jenayah pecah rumah, kenderaan dan ragua serta maklumat jenayah dadah. #sumber




Demikianlah Artikel Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah

Sekianlah artikel Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/polis-daerah-kuantan-catat-penurunan-30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis: Daerah Kuantan Catat Penurunan 30 Peratus Kes Jenayah"

Catat Ulasan

Loading...