Loading...
Judul : Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat
link : Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat
Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Malaysia di Hague berhubung dengan rakyat Malaysia di Utrecht serta pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, dan akan terus memantau keadaan.
Saifuddin berkata, Malaysia juga menyertai negara lain, mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak perbuatan kejam itu yang berlaku hanya beberapa hari selepas serangan berdarah pengganas di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas.
"Saya terkejut dan sangat sedih dengan kejadian tembakan itu...Pada masa kesedihan ini, Malaysia bersatu bersama-sama keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Belanda meratapi kehilangan nyawa dan kesengsaraan yang dialami akibat perbuatan itu," katanya.
Media antarabangsa semalam melaporkan serangan bersenjata dalam sebuah trem di bandar Utrecht pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan, mengorbankan tiga orang dan mencederakan lima yang lain.
Pihak berkuasa Belanda kemudian mengesahkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan itu ditahan pada Isnin malam. #sumber
Demikianlah Artikel Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat
Sekianlah artikel Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/serangan-trem-di-belanda-tiada-rakyat.html
0 Response to "Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat"
Catat Ulasan