Loading...
Judul : Serangan Christchurch: Mohd. Haziq Masih Belum Di Temui Lagi
link : Serangan Christchurch: Mohd. Haziq Masih Belum Di Temui Lagi
Serangan Christchurch: Mohd. Haziq Masih Belum Di Temui Lagi
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang kini berada di sana berkata, usaha mengesan remaja itu sedang dilakukan oleh polis New Zealand berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ibunya.
''Ibu Mohd. Haziq kini ada bersama pihak polis untuk memberikan nama yang betul, gambar yang betul kerana memang ada mayat-mayat yang belum dikenal pasti, jadi mereka harus membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum ada apa-apa kenyataan daripada polis.
"Pada masa ini kami hanya berharap sesiapa yang ada maklumat mengenai Mohd haziq agar memanjangkannya kepada kami," kata Boon Poh ketika dihubungi Bernama News Channel di sini hari ini.
Sementara itu, Boon Poh berkata, seorang lagi mangsa, Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang pula telah selesai menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan peluru daripada tubuhnya.
Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera iaitu Mohd. Tarmizi Shuib, 46 dari Kedah dan Mohd. Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan juga sedang menerima rawatan di hospital sama.
Mohd. Haziq merupakan anak kepada Mohd. Tarmizi.
Setakat ini, pihak berkuasa New Zealand mengesahkan 50 maut dan 20 cedera dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch. #sumber
Demikianlah Artikel Serangan Christchurch: Mohd. Haziq Masih Belum Di Temui Lagi
Sekianlah artikel Serangan Christchurch: Mohd. Haziq Masih Belum Di Temui Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Serangan Christchurch: Mohd. Haziq Masih Belum Di Temui Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/serangan-christchurch-mohd-haziq-masih.html
0 Response to "Serangan Christchurch: Mohd. Haziq Masih Belum Di Temui Lagi"
Catat Ulasan