Loading...

38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan !

Loading...
38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan !
link : 38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan !

Baca juga


38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan !


KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang setakat ini berjaya memadam kawasan seluas 38 hektar daripada 420 hektar hutan gambut berhampiran Akademi Maritim Sultan Haji Ahmad Shah (AMSAS) di Sungai Ular di sini, yang terbakar sejak minggu lalu.

Pengarahnya, Nor Hisham Mohamad berkata, operasi hari ini, dilakukan melalui udara iaitu kaedah pengeboman air daripada helikopter bomba MI-17-IV dan menerusi darat dengan menggunakan laluan ladang dan lebuh raya bersebelahan hutan.

"Operasi selama sembilan jam hari ini menggunakan helikopter yang melakukan 48 pengeboman air di kawasan kebakaran dengan setiap perjalanan helikopter boleh membawa 1,600 liter air.

"Sumber air diperoleh daripada tasik di AMSAS dan tasik di kawasan hutan berhampiran kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata secara keseluruhan pihaknya berjaya memadamkan dua tompokan utama kebakaran, dan operasi esok akan tertumpu kepada tompokan kecil yang dianggarkan seluas 80 hektar.

Bomba juga, menurut Nor Hisham membuat pemisah kebakaran di kawasan lapang antara sempadan hutan supaya kebakaran tidak merebak ke ladang kelapa sawit yang terletak bersebelahan.

Kebakaran hutan itu disedari pada 18 April lalu dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka oleh pihak tidak bertanggungjawab. #sumber


Demikianlah Artikel 38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan !

Sekianlah artikel 38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/38-hektar-kawasan-hutan-terbakar-sudah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan !"

Catat Ulasan

Loading...