Loading...
Judul : UCYP, NSR Global Solution Tawarkan Kursus Asuhan Permata
link : UCYP, NSR Global Solution Tawarkan Kursus Asuhan Permata
UCYP, NSR Global Solution Tawarkan Kursus Asuhan Permata
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin berkata kerjasama itu yang melibatkan program peringkat sijil merangkumi persetujuan berhubung aktiviti dua hala kedua-dua pihak antaranya dalam aspek pengurusan, pendaftaran dan penyediaan tempat belajar.
"Kerjasama ini penting kerana UCYP masih dalam peringkat menunggu kelulusan sebagai pusat latihan bertauliah kursus KAP manakala NSR adalah badan berakreditasi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengendalikan kursus tersebut.
"Kerjasama ini antara lain melibatkan NSR melaksanakan pengurusan dan pendaftaran peserta kepada pihak JKM," katanya kepada pemberita selepas mewakili UCYP pada majlis menandatangani MoU itu di sini, hari ini.
Pada majlis itu, NSR Global Solution diwakili pengurusnya Suriati Jaafar. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP Tan Sri Dr Noorul Ainul Mohd Nur.
Ahmad berkata sijil KAP bakal diperoleh pelajar universiti berkenaan membolehkan mereka bergelar pengusaha taska atau bekerja di taska dengan tangga gaji lebih baik berbanding mereka yang tidak mempunyai sijil tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel UCYP, NSR Global Solution Tawarkan Kursus Asuhan Permata
Sekianlah artikel UCYP, NSR Global Solution Tawarkan Kursus Asuhan Permata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UCYP, NSR Global Solution Tawarkan Kursus Asuhan Permata dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/ucyp-nsr-global-solution-tawarkan.html
0 Response to "UCYP, NSR Global Solution Tawarkan Kursus Asuhan Permata"
Catat Ulasan