Loading...

AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib

Loading...
AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib
link : AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib

Baca juga


AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib


KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan bagi dirinya suapan sebanyak RM42 juta.

Dalam pernyataan pembukaan, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib terlibat secara langsung dalam keputusan pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion yang diterima oleh SRC International Sdn. Bhd .daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

"Oleh itu, adalah menjadi tugas dan keistimewaan saya untuk memulakan perbicaraan di mahkamah terhadap bekas seorang perdana menteri yang selama hampir sedekad, menduduki jawatan yang paling berkuasa di negara ini dan mempunyai hampir kuasa mutlak.

"Keistimewaan seperti itu memikul tanggungjawab yang besar, yang pejabat saya berhasrat untuk melaksanakannya bagi membuktikan bahawa tertuduh bersalah atas tujuh pertuduhan yang dihadapinya seperti yang telah dibacakan di hadapan Yang Arif.

"Tertuduh sepanjang tempoh menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri yang kesalahan itu dilakukan juga serentak ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, dengan itu menggabungkan kuasa politik maksimum dan mengawal kewangan negara," katanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Tommy berkata, selaku memegang jawatan Perdana Menteri dan sebagai pegawai awam tertinggi yang dipilih dan ketua kerajaan, rakyat meletakkan kepercayaan tertinggi kepada tertuduh.

Dalam keadaan sedemikian, undang-undang itu memperuntukkan standard penjagaan bagi tertuduh melaksanakan tugas dan kewajipannya sebagai pemegang amanah perjawatan awam, katanya.

"Tidak cukup dengan memegang  jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tertuduh juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Penasihat Emeritus dalam anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd., " kata beliau.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan di sini dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Najib yang merupakan Perdana Menteri Malaysia keenam, adalah Perdana Menteri pertama berada dalami kandang tertuduh selepas dia diheret ke mahkamah. #sumber


Demikianlah Artikel AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib

Sekianlah artikel AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/ag-pihak-pendakwaan-akan-membuktikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AG: Pihak Pendakwaan Akan Membuktikan Kes Terhadap Najib"

Catat Ulasan

Loading...