Loading...
Judul : Istana Pahang Telah Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Gnanaraja
link : Istana Pahang Telah Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Gnanaraja
Istana Pahang Telah Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Gnanaraja
KUANTAN - Istana Pahang telah menarik balik kurniaan darjah kebesaran Sultan Ahmad Shah Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' daripada ahli perniagaan G Gnanaraja berkuat kuasa 13 Mac lepas.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Sallehuddin Ishak yang dihubungi Bernama hari ini.
Menurut surat bertarikh 13 Mac itu, Gnanaraja yang dianugerahi pingat berkenaan pada 19 Mac 2014 di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur tidak dibenar menggunakan gelaran tersebut berkuat kuasa dari tarikh sama.
Lelaki berkenaan turut diminta mengembalikan darjah kebesaran yang diterima itu ke Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Gnanaraja yang merupakan Pengarah Urusan sebuah syarikat, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menipu pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. #sumber
Demikianlah Artikel Istana Pahang Telah Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Gnanaraja
Sekianlah artikel Istana Pahang Telah Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Gnanaraja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Istana Pahang Telah Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Gnanaraja dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/istana-pahang-telah-tarik-balik-gelaran.html
0 Response to "Istana Pahang Telah Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Gnanaraja"
Catat Ulasan