Loading...
Judul : Kapal Equanimity Di Jual Kepada Genting Harga "RM514 Juta" !
link : Kapal Equanimity Di Jual Kepada Genting Harga "RM514 Juta" !
Kapal Equanimity Di Jual Kepada Genting Harga "RM514 Juta" !
KUALA LUMPUR - Kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low akhirnya telah dijual kepada Genting Malaysia Bhd. (Genting) atau syarikat tujuan khas (SPV) milik syarikat itu dengan harga AS$126 juta (RM514 juta).
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas di sini hari ini, penjualan kapal itu telah mendapat kelulusan dari Mahkamah Admiralti di sini bagi menerima tawaran syarikat itu untuk membeli Equanimity mengikut terma-terma dan syarat-syarat Syerif.
Harga jualan sebanyak AS$126 juta itu akan dibayar oleh Genting dan bayaran itu akan diterima pada penghujung April 2019.
"Jumlah AS$126 juta (RM514 juta) ini ialah tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh lima bulan, semenjak Oktober tahun lalu apabila Equanimity mula diumumkan untuk jualan.
“Sebelum ini banyak tawaran yang diterima dan Genting telah menawarkan harga tertinggi yang pada hari ini telah diluluskan oleh Mahkamah untuk diterima,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, tawaran daripada Genting yang telah dirunding secara terus dengan kerajaan Malaysia, sekaligus membawa penjimatan sebanyak AS$4.4 juta (RM17.9 juta).
Menurutnya lagi, meskipun nilai harga pasaran kapal tersebut oleh syarikat jurunilai bebas yang berpangkalan di United Kingdom, Winterbothams adalah AS$130 juta (RM530 juta) tidak dicapai, tetapi kerajaan Malaysia telah memperoleh pulangan bersih lebih baik seperti yang dijangkakan.
Penjualan kapal mewah itu berjaya dicapai apabila sebahagian besarnya, dibantu melalui kepakaran dan kemahiran Kumpulan Perundangan yang mewakili kerajaan Malaysia.
"Kumpulan Perundangan ini telah menjalankan tugas mereka dengan baik apabila bergerak dan bertemu sendiri dengan pembeli berpotensi di Hong Kong dan London termasuk menanggung sendiri kos-kos perjalanan dalam memastikan penjualan kapal ini. Usaha ini juga turut dibantu Syerif mahkamah dan kesediaan Hakim Admiralti," ujar kenyataan itu lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Kapal Equanimity Di Jual Kepada Genting Harga "RM514 Juta" !
Sekianlah artikel Kapal Equanimity Di Jual Kepada Genting Harga "RM514 Juta" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kapal Equanimity Di Jual Kepada Genting Harga "RM514 Juta" ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/kapal-equanimity-di-jual-kepada-genting.html
0 Response to "Kapal Equanimity Di Jual Kepada Genting Harga "RM514 Juta" !"
Catat Ulasan