Loading...
Judul : Ahli Parlimen Temerloh Kesal Berita Palsu Soal Kematiannya
link : Ahli Parlimen Temerloh Kesal Berita Palsu Soal Kematiannya
Ahli Parlimen Temerloh Kesal Berita Palsu Soal Kematiannya
TEMERLOH - Ahli Parlimen Temerloh, Mohd Anuar Tahir kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab menularkan berita palsu mengenai kematiannya di laman sosial sejak semalam.
Menurutnya, pelbagai panggilan diterima daripada ahli keluarganya sejak awal pagi yang ingin turun ke Temerloh berikutan penularan berita tersebut.
"Panggilan bertubi-tubi dari adik-beradik, ahli keluarga dan barisan Kabinet serta rakan-rakan sejak malam tadi.
"Sedih kerana ada ahli keluarga yang tidak sihat jadi berita sebegini amat dikesali," katanya kepada Sinar Harian di sini,hari ini.
Mohd Anuar bagaimanapun mengakui sebagai ahli politik berita negatif antara ragam yang perlu dihadapi, namun hal kematian sebegitu dianggap melampau dan menyinggung terutamanya ahli keluarganya.
"Saya harap tindakan begini tak berulang dan mengharapkan pihak berkuasa bertindak ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada terus berleluasa menyebarkan fitnah.
Terdahulu, tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sebuah rakaman suara dan pengumuman mengenai kematian beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.
Rakaman suara itu berbunyi, "berita terbaru diterima Ahli Parlimen Temerloh, Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir telah kembali ke Rahmatullah. PRK lagi. PRK lagi..siap siaga".
Difahamkan satu laporan polis akan dibuat Setiausaha Peribadinya, Ahmad Tarmizi Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Temerloh Kesal Berita Palsu Soal Kematiannya
Sekianlah artikel Ahli Parlimen Temerloh Kesal Berita Palsu Soal Kematiannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Temerloh Kesal Berita Palsu Soal Kematiannya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/ahli-parlimen-temerloh-kesal-berita.html
0 Response to "Ahli Parlimen Temerloh Kesal Berita Palsu Soal Kematiannya"
Catat Ulasan