Loading...
Judul : SPRM Di Gesa Siasat Pegawai Kerajaan Salah Guna Kuasa !
link : SPRM Di Gesa Siasat Pegawai Kerajaan Salah Guna Kuasa !
SPRM Di Gesa Siasat Pegawai Kerajaan Salah Guna Kuasa !
Timbalan Pengerusi pertubuhan itu, Mohd Nor Hafirul Ikhram Abd Hair,35, berkata, laporan tersebut dibuat selepas melihat pendedahan yang tular menerusi artikel dari sebuah blog membabitkan rasuah balak membabitkan pegawai terbabit dari Jabatan Perhutanan Negeri, tiga hari lalu.
Menurutnya, blog itu mendakwa pegawai berkenaan telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam menerima rasuah pasukan pelobi.
"Blog itu juga menyatakan pegawai tinggi kerajaan itu mengambil rasuah daripada pelobi kontraktor pembalakan untuk melindungi aktiviti rangkaian pembalakan haram dan monopoli konsesi balak.
"Laporan blog itu juga mendakwa pegawai terbabit juga didakwa mengamalkan cara hidup mewah dan memiliki harta di luar kemampuan gaji penjawat awam biasa hasil dari aktiviti haram.
"Jadi, kami minta SPRM menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dilakukan pegawai tinggi kerajaan itu," katanya ketika ditemui di lobi SPRM, hari ini.
Turut hadir, pengerusi pertubuhan itu, Haslihelmy Zulhasli dan ahlinya.
Mohd Nor Hafirul Ikhram berkata, kebaikan rakyat dan menyekat kroni, laporan ini dibuat bagi membolehkan SPRM memulakan siasatan.
Jelasnya, ini bagi menyelamatkan keadaan dan memecahkan spekulasi dan menghindari persepsi negatif rakyat di negeri ini terhadap pegawai kanan terbabit.
“Jika dakwaan itu tidak berasas, pegawai berkenaan harus serah diri kepada SPRM untuk diambil kenyataan dan menyangkal tuduhan ini.
"Beliau (pegawai berkenaan) boleh juga bertindak menyaman penulis blog itu demi menjaga integriti serta imej jabatan perhutanan itu sendiri yang dikaitkan,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel SPRM Di Gesa Siasat Pegawai Kerajaan Salah Guna Kuasa !
Sekianlah artikel SPRM Di Gesa Siasat Pegawai Kerajaan Salah Guna Kuasa ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM Di Gesa Siasat Pegawai Kerajaan Salah Guna Kuasa ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/sprm-di-gesa-siasat-pegawai-kerajaan.html
0 Response to "SPRM Di Gesa Siasat Pegawai Kerajaan Salah Guna Kuasa !"
Catat Ulasan