Loading...

KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar

Loading...
KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar
link : KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar

Baca juga


KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar


KUANTAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM10 juta untuk pembangunan Dewan Utama di Paya Besar, di sini, semalam.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, keperluan mewujudkan dewan itu amat mendesak apabila berlakunya musim banjir di mana tiada pusat pemindahan terdekat bagi menampung jumlah mangsa yang ramai.

Menurutnya, dewan itu juga boleh digunakan masyarakat bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan, bersosial, bersukan, beriadah dan sebagainya.


"Keluasan keseluruhan tapak bagi pembinaan ini seluas 2.8325 hektar dengan keluasan bangunan dewan yang akan dibina 1800 meter persegi melalui peruntukan kerajaan Persekutuan dan KPKT.

"Dewan ini akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk diurus selia dan diselenggara bagi faedah penduduk sekitar Kampung Pandan Satu dan Dua, Perkampungan Pandan Aman, Taman Pandan Damai, Kampung Permatang Badak, Kampung Bukit Rangin serta kampung kampung tradisional sekitarnya yang memiliki komuniti lebih 13,000 orang," katanya.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Abd Rahim Muda dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Fadzilla Salleh.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, inisiatif awal mewujudkan dewan tersebut bermula pada 2017, yang diilhamkan eh Allahyarham Datuk Seri Manan Ismail yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Paya Besar.


Permohonan peruntukan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dikemukakan melalui MPK dan diluluskan pada 2018.

"Alhamdulillah walaupun kerajaan persekutuan telah bertukar kepada kerajaan PH namun kerjasama bagi melaksanakan pembinaan dewan ini tetap diteruskan," katanya.

Abd Rahim berkata, di antara permohonan peruntukan yang diusahakan ialah dewan orang ramai di Bukit Rangin, Chendering dan Pandan. #sumber


Demikianlah Artikel KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar

Sekianlah artikel KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/kpkt-lulus-peruntukan-rm10-juta-bina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KPKT Lulus Peruntukan RM10 Juta Bina Dewan Di Paya Besar"

Catat Ulasan

Loading...