Loading...

Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat

Loading...
Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat
link : Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat

Baca juga


Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat


SERDANG - Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah diarahkan untuk melakukan siasatan serta audit keselamatan ke atas syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan maut di S8 Jalan Pekeliling, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan tersebut yang akan dimulakan pada esok hari adalah bagi mengenalpasti sama ada syarikat pengendali bas tersebut mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

"Pihak Kementerian Pengangkutan akan menunggu laporan penuh hasil siasatan oleh kedua-dua jabatan berkenaan sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan yang akan diambil.

"Sekiranya terdapat sebarang salah laku atau didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan, syarikat tersebut 'CJ Travel and Tours Sdn. Bhd.' boleh dikenakan tindakan digantung lesen operasinya," katanya pada satu sidang akhbar di Hospital Serdang di sini hari ini.

Terdahulu, Loke sempat meluangkan masa melawat beberapa orang mangsa yang mengalami kecederaan susulan daripada kemalangan yang mengakibatkan seramai 12 orang pekerja warga asing maut.

"Pihak kementerian amat memandang serius perkara ini dan sering kali menitikberatkan tentang kepentingan keselamatan di jalan raya.

"Saya difahamkan, pihak kedutaan negara yang terlibat telah dihubungi dan saya berharap pihak majikan kepada pekerja warga asing ini tampil membantu menguruskan proses pengebumian serta penghantaran pulang jenazah mereka ke negara asal," ujarnya. 

Setakat ini seramai 12 individu termasuk pemandu bas berkenaan maut susulan kemalangan tersebut manakala 32 lagi cedera dan sebahagian daripada mereka masih mendapatkan rawatan di hospital. #sumber


Demikianlah Artikel Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat

Sekianlah artikel Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/anthony-syarikat-bas-terlibat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anthony: Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat"

Catat Ulasan

Loading...