Loading...

Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas

Loading...
Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas
link : Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas

Baca juga


Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas


SEPANG - "Keadaan dalam bas 'bertaburan' dengan orang bertindih-tindih," kata Lokendra Bahadur Sahi, mangsa yang terselamat dalam kemalangan bas berhampiran MASKargo di sini malam tadi.

Sahi, warga Nepal berumur 27 tahun, berkata beliau terhantuk kepala ketika bas itu terjatuh ke dalam longkang besar dan beliau turut 'terjunam' dan bertindih dengan penumpang lain.

"Saya dengar orang menjerit kesakitan dan minta pertolongan," katanya ketika ditemui dengan keadaan bahagian kepala berbalut selepas memberi keterangan di Cawangan Trafik IPD KLIA di sini hari ini melalui seorang penterjemah.

Menurut Sahi, beliau yang duduk di bahagian belakang bas sebelum kemalangan telah memanjat pintu kecemasan di belakang bas untuk keluar sendiri dari bas berkenaan sebelum pasukan penyelamat tiba.

"Bas ketika dalam perjalanan okay...tiba-tiba terjunam. Kepala saya terhantuk dan berdarah," katanya yang telah bekerja selama empat tahun di gudang MASKargo bahagian pemindahan barang, sambil menambah bas itu dipandu laju sebelum kemalangan.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 malam Ahad itu, 12 orang dengan hampir kesemuannya warga asing maut setelah bas pekerja yang mereka naiki terjatuh kira-kira empat meter ke dalam longkang besar.

Bas pekerja yang membawa 43 pekerja kontrak MASKargo itu dan dipandu seorang rakyat tempatan dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan dan mereka sepatutnya memulakan giliran kerja pada 12 tengah malam.

Seorang lagi mangsa, Imran Hossain, warga Bangladesh, 22, yang kurang bercakap kerana masih  trauma serta kurang memahami soalan yang ditanya berkata beliau sedih dengan kematian rakan senegara beliau.

Beliau yang bekerja selama 10 bulan di Malaysia berkata beliau tidak menyangka akan kehilangan rakan sekerja dalam sekelip mata.

Ketua Polis Daerah KLIA Zulkifli Adamshah berkata seramai tujuh mangsa telah memberikan keterangan berhubung insiden itu untuk siasatan lanjut. #sumber


Demikianlah Artikel Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas

Sekianlah artikel Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/mangsa-warga-nepal-dakwa-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mangsa Warga Nepal Dakwa Orang Bertindih-Tindih Dalam Bas"

Catat Ulasan

Loading...