Loading...

Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong

Loading...
Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong
link : Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong

Baca juga


Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong


KUANTAN - Polis Diraja Malaysia sedang mengesan pengendali akaun Facebook (FB) yang menggelarkan diri mereka ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ berhubung tindakan memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong pada Khamis lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telahpun membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sehingga semalam polis sudah menerima 91 laporan daripada pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), badan politik dan orang perseorangan berhubung perkara itu.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi siasatan sedang berjalan bagi mengesan individu-individu yang bertanggungjawab membuat 'posting' terhadap penghinaan tersebut pada ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas majlis perasmian penutupan Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2019 di Mahkota Golf Country Club, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Fuzi meminta masyarakat agar tidak memuat naik sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan kekecohan atau perkara negatif di media sosial berhubung perkara itu.

“Polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman akan memantau tentang perkara ini,” katanya.

Pada Khamis lalu, satu kumpulan yang menggelar diri mereka ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ bertindak memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. #sumber


Demikianlah Artikel Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong

Sekianlah artikel Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/fuzi-polis-sedang-giat-buru-pengendali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Fuzi: Polis Sedang Giat Buru Pengendali Akaun FB Hina Agong"

Catat Ulasan

Loading...