Loading...

Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU !

Loading...
Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU !
link : Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU !

Baca juga


Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU !


KUANTAN - Setakat Januari lalu kerajaan pusat memperuntukkan RM60.6 juta kepada 175,156 Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar untuk skim bantuan Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Pesakit Terlantar dan Bantuan OKU Tidak Bekerja.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan itu dan tidak pernah meminggirkan soal kebajikan mereka dalam arus pembangunan negara.

“Pada tahun ini menerusi Bajet 2019, kerajaan memperuntukan RM129.8 juta untuk diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memperkasakan perkhimatan dan program kepada OKU.

“Peruntukan ini termasuk buat penyediaan perkhidmatan di Taman Sinar Harapan (TSH), Bengkel Daya Klang (BDK), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Taska OKU, dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh negeri.

“Untuk 554 buah PDK di seluruh negara sahaja Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM91.6 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang di Berjaya Megamall yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang juga Anggota Parlimen Kuantan.

Wan Azizah berkata di Pahang sahaja pada tahun ini Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3.7 juta kepada 11,002 OKU yang berdaftar, dan RM6.4 juta dikhususkan untuk membiayai 1,338 kanak-kanak OKU serta petugas yang komited dalam membantu golongan itu.

Sehubungan itu beliau menggesa ibu bapa dan penjaga golongan OKU yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk segera berbuat demikian.

"Pendaftaran itu bukan hanya untuk tujuan pemberian bantuan tetapi juga untuk memastikan keberadaan dan keperluan OKU itu diambil dalam pembangunan dasar, perancangan dan penyediaan inisiatif yang lebih baik kepada mereka," katanya.

"Saya juga menyeru majikan swasta terutamanya syarikat korporat ternama untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

“Penyertaan OKU dalam pekerjaan sangat signifikan kerana ia bukan sekadar sumber pendapatan, tatapi juga sebahagian daripada proses pemulihan dan sosoalisasi mereka," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU !

Sekianlah artikel Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/kerajaan-pusat-peruntukkan-rm606-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pusat Peruntukkan RM60.6 Juta Untuk Bantu OKU !"

Catat Ulasan

Loading...