Loading...
Judul : Guru Wanita Rugi RM23,288 Di Perdaya Dek Syarikat Pinjaman
link : Guru Wanita Rugi RM23,288 Di Perdaya Dek Syarikat Pinjaman
Guru Wanita Rugi RM23,288 Di Perdaya Dek Syarikat Pinjaman
KUANTAN - Bukan hanya hasrat bercuti tidak kesampaian, seorang guru wanita juga menanggung kerugian RM23,288 akibat diperdayakan wakil syarikat pemberi pinjaman wang tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 26 tahun itu mendakwa mengetahui akan kewujudan syarikat itu semasa melayari laman sosial Facebook pada 28 Jan lepas.
"Mangsa mendakwa mahu membuat pinjaman sebanyak RM55,000 bagi membeli tiket kapal terbang dan wang poket semasa berada di China menyebabkan dia mengisi borang permohonan menerusi Facebook.
"Dia kemudiannya dihubungi seorang suspek lelaki mendakwa dirinya sebagai wakil syarikat yang memaklumkan dia perlu membuat bayaran proses kerana pinjaman itu telah diluluskan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa telah membuat bayaran kononnya atas pelbagai tujuan secara berperingkat sebanyak 12 kali ke sebuah akaun bank yang diberikan suspek.
Bagaimanapun, selepas tiga bulan, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, selepas merasakan ditipu memandangkan dia tidak menerima wang yang dijanjikan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. #sumber
Demikianlah Artikel Guru Wanita Rugi RM23,288 Di Perdaya Dek Syarikat Pinjaman
Sekianlah artikel Guru Wanita Rugi RM23,288 Di Perdaya Dek Syarikat Pinjaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru Wanita Rugi RM23,288 Di Perdaya Dek Syarikat Pinjaman dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/guru-wanita-rugi-rm23288-di-perdaya-dek.html
0 Response to "Guru Wanita Rugi RM23,288 Di Perdaya Dek Syarikat Pinjaman"
Catat Ulasan