Loading...

Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar

Loading...
Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar
link : Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar

Baca juga


Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar


KUANTAN - Kebakaran hutan tanah gambut berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Sungai Ular di sini, meningkat menjadi 420 hektar hari ini, berbanding 40 hektar pada minggu lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata ketiadaan jalan masuk, sumber bekalan air yang terhad dan pergerakan angin, adalah antara kesukaran yang dialami pihaknya dalam operasi memadam kebakaran.

Beliau berkata selain AMSAS, tiga kawasan lain yang berhampiran yang terjejas dengan asap tebal akibat kebakaran itu ialah Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) dan Sungai Baging di sini.

"Tumpuan utama operasi memadam ialah di kawasan Sungai Baging kerana terdapat sekolah dan kawasan perumahan selain bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sudah hampir mencecah 300, iaitu tidak sihat.

"Kita sedar perkara ini mendatangkan kembimbangan kepada penduduk. Usaha memadam sedang giat dijalankan termasuk dengan menggunakan helikopter bagi kaedah pengeboman air," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi memadam kebakaran di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata helikopter jenis Mi-17-IV dari unit udara bomba itu hari ini, melakukan 15 perjalanan dengan setiap perjalanan melibatkan pengangkutan 1,600 hingga 2,500 liter air.

Beliau berkata kebakaran yang dikesan bermula pada 18 April itu dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka di tengah hutan.

"Ketiadaan laluan masuk menyebabkan operasi memadam dilakukan dari sempadan ladang kelapa yang bersebelahan lokasi kebakaran.

"Seramai 63 anggota bomba termasuk dari unit udara bomba Subang, Selangor terlibat dalam operasi memadam selain turut menerima bantuan daripada pekerja ladang kelapa," katanya.

Nor Hisham menambah kebakaran dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh tiga hari. #sumber


Demikianlah Artikel Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar

Sekianlah artikel Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/kebakaran-hutan-berhampiran-amsas-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kebakaran Hutan Berhampiran AMSAS Kini Seluas 420 Hektar"

Catat Ulasan

Loading...