Loading...

Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan

Loading...
Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan
link : Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan

Baca juga


Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan


KUANTAN, 25 April (Bernama) -- Tahun hadapan, graduan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pasaran kerja dijangka akan meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam negara kepada 35 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Datuk Soh Thian Lai berkata setakat ini 25 peratus tenaga kerja mahir direkodkan di Malaysia, jumlah yang masih dikategorikan sebagai rendah dan tidak mencukupi.

"Bekalan tenaga kerja mahir yang tidak cukup menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada tenaga kerja dari negara lain, sedangkan untuk menjadi negara maju, graduan TVET perlu seiring dengan golongan profesional.


"Masyarakat juga perlu mengubah stigma memandang rendah pada graduan TVET kerana bidang itu bukan lagi pilihan kedua tetapi menyediakan masa depan yang cerah kepada pelajar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi 'town hall' TVET Zon Timur 2019 di Pahang Skills Development Centre (PSDC) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Shamsuri Abdullah.

Sementara itu Soh berkata laporan berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Khas TVET dijadual akan dikemukakan Julai hadapan.

Beliau berkata setakat ini cadangan penubuhan suruhanjaya itu menerima maklum balas positif pada sesi 'town hall' yang diadakan di lima lokasi termasuk di PSDC.

Sesi 'town hall' terakhir akan berlangsung di Kajang, Selangor pada 30 April ini.


Demikianlah Artikel Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan

Sekianlah artikel Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/tenaga-kerja-mahir-di-jangka-meningkat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tenaga Kerja Mahir Di Jangka Meningkat 35% Tahun Hadapan"

Catat Ulasan

Loading...