Loading...

Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu

Loading...
Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu
link : Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu

Baca juga


Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu


PUTRAJAYA - Pelakon, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April, demikian umum Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

"Beliau (Hans Isaac) mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pelantikan itu hari ini.

Hans Isaac merupakan Pengarah Urusan Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang keselamatan serta insurans dan pernah menjadi anggota Lembaga Penasihat Finas serta anggota lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Gobind berkata pelantikan Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu.

“Kementerian berharap pengerusi yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini,” kata Gobind.

Beliau juga berharap anggota lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pengerusi baharu dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.

Gobind dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Samsuni untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut. #sumber


Demikianlah Artikel Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu

Sekianlah artikel Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/hans-isaac-di-lantik-sebagai-pengerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hans Isaac Di Lantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu"

Catat Ulasan

Loading...