Loading...
Judul : ´Sultan Melaka´ Bebas, mahkamah Menolak Rayuan Pendakwa
link : ´Sultan Melaka´ Bebas, mahkamah Menolak Rayuan Pendakwa
´Sultan Melaka´ Bebas, mahkamah Menolak Rayuan Pendakwa
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 3 Julai tahun lalu yang melepaskan dan membebaskan Noor Jan.
Dalam penghakimannya, Ahmad Nasfy berkata keputusan oleh Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi terhadap Noor Jan adalah tepat dan tiada sebarang kesilapan.
"Selepas mahkamah meneliti keterangan direkodkan dalam rekod rayuan perayu (Timbalan Pendakwa Raya), didapati bahawa hakim bicara telah membuat satu keputusan dan dapatan faktanya tepat dan selamat apabila memutuskan perayu gagal mewujudkan prima facie,” katanya.
"Maka setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan alasan penghakiman hakim bicara, mahkamah menolak rayuan perayu dan mengekalkan keputusan hakim bicara dan perintah itu kekal," katanya.
Mengikut keempat-empat pertuduhan, Noor Jan didakwa menipu Zaamat Md Idris, 68, Mokhtar Md Yusof, 59, Ahmad Zainudin Abdul Hamid, 66, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 37, dengan cara samaran supaya keempat-empat mangsa mempercayai tertuduh adalah Sultan Melaka dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka, sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, dekat sini, kira-kira jam 10 malam, pada 28 Disember 2013.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Noor Jan diwakili peguam Datuk Shaharudin Datuk Ali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad, Nabilalif Mohd Rosli dan Mazuin Hashim. #sumber
Demikianlah Artikel ´Sultan Melaka´ Bebas, mahkamah Menolak Rayuan Pendakwa
Sekianlah artikel ´Sultan Melaka´ Bebas, mahkamah Menolak Rayuan Pendakwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ´Sultan Melaka´ Bebas, mahkamah Menolak Rayuan Pendakwa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/sultan-melaka-bebas-mahkamah-menolak.html
0 Response to "´Sultan Melaka´ Bebas, mahkamah Menolak Rayuan Pendakwa"
Catat Ulasan