Loading...
Judul : Helikopter Terbang Rendah Di Dakwa Jadi Punca Kuil Rosak !
link : Helikopter Terbang Rendah Di Dakwa Jadi Punca Kuil Rosak !
Helikopter Terbang Rendah Di Dakwa Jadi Punca Kuil Rosak !
KUANTAN - Kesilapan juruterbang helikopter milik syarikat persendirian didakwa punca kerosakan Kuil Sri Mariamman yang terletak bersebelahan Padang Kemunting di sini mengakibatkan kerugian hampir RM50,000.
Presiden pengurusan kuil itu T.Separamaniam mendakwa pada kejadian 6 petang semalam, helikopter itu terbang terlalu rendah dan mengikut laluan yang berbeza menyebabkan atap kuil rosak.
Beliau berkata ia merupakan kejadian pertama seumpamanya walaupun padang itu sering menjadi lokasi pendaratan helikopter, namun laluan yang digunakan adalah dari arah hutan, bukannya dari arah kuil.
"Atap di dewan makan, dewan perkahwinan dan beberapa kawasan lain juga terjatuh. Nasib baik semasa kejadian tetamu belum tiba ke kuil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Separamaniam menambah kejadian juga menyebabkan cermin belakang sebuah kereta di hadapan kuil pecah akibat terkena serpihan atap.
"Kami tidak meminta pampasan yang tinggi sebaliknya mahu mereka membaiki semula kerosakan yang berlaku dan kita harap mereka lebih bertimbang rasa dalam hal ini," katanya.
Separamaniam menambah pihaknya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam berhubung insiden itu. #sumber
Demikianlah Artikel Helikopter Terbang Rendah Di Dakwa Jadi Punca Kuil Rosak !
Sekianlah artikel Helikopter Terbang Rendah Di Dakwa Jadi Punca Kuil Rosak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Helikopter Terbang Rendah Di Dakwa Jadi Punca Kuil Rosak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/helikopter-terbang-rendah-di-dakwa-jadi.html
0 Response to "Helikopter Terbang Rendah Di Dakwa Jadi Punca Kuil Rosak !"
Catat Ulasan