Loading...

Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang

Loading...
Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang
link : Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang

Baca juga


Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang


KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14.

Ketibaan baginda di Wisma Sri Pahang pada jam 9.40 pagi disambut Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ia diikuti dengan Nyanyian lagu Allah Selamatkan Sultan Kami oleh pasukan Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia di bawah pimpinan Mejar Mohd Salleh Wahab.

Baginda kemudian memeriksa pasukan Pasukan Kawalan Kehormatan Utama Tentera Udara Diraja Malaysia yang terdiri daripada empat pegawai dan 148 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Mohd Shukri Md Zainon.


Tengku Hassanal kemudian masuk ke DUN untuk menyampaikan Titah Diraja Pembukaan Penggal Kedua DUN Pahang Ke-14.

Ini merupakan kali pertama Tengku Hassanal merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan DUN Pahang selepas dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 29 Jan lalu selepas ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. #sumber


Demikianlah Artikel Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang

Sekianlah artikel Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/tengku-hassanal-rasmi-penggal-kedua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang DUN Pahang"

Catat Ulasan

Loading...