Loading...

Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan !

Loading...
Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan !
link : Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan !

Baca juga


Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan !


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang gembira dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata ini kerana di Pahang, kemajuan kerja projek tersebut berada antara 13 hingga 14 peratus sebelum dihentikan tahun lalu, yang disifatkan sebagai 'membazir' jika ia tidak diteruskan.

"Kerja-kerja pengambilan balik tanah yang melibatkan tanah persendirian telah pun berada di peringkat pejabat Penasihat Undang-undang negeri yang menguruskannya.

"Selain itu, ia dapat mengembalikan peluang pekerjaan dan apabila siap, dapat memberi limpahan ekonomi yang besar kepada Pahang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata berdasarkan rekod laluan asal, luas tanah yang terlibat ialah 1,394.4 hektar merentasi Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, hanya 385 hektar merupakan tanah milik kerajaan manakala bakinya ialah tanah milik persendirian.

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan bahawa projek ECRL akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Menurut kenyataan itu, kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL kini dikurangkan kepada RM44 bilion, pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asalnya RM65.5 bilion.

Wakil Khas Pedana Menteri Tun Daim Zainuddin pula dilaporkan berkata jajaran baharu ECRL ialah dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.

Ini berbeza daripada cadangan asal yang menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan. #sumber


Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan !

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/kerajaan-pahang-gembira-projek-ecrl.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Gembira Projek ECRL Akhirnya Di Teruskan !"

Catat Ulasan

Loading...