Loading...

Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia

Loading...
Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia
link : Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia

Baca juga


Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia


PUTRAJAYA - Tindakan pihak menghina dan mempertikaikan Yang di-Pertuan Agong dengan memuat naik status di laman sosial tidak mencerminkan sikap sebagai seorang warganegara Malaysia dan boleh menggugat perpaduan dan kestabilan kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik, yang bertanggungjawab menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, mengutuk keras tindakan sedemikian selain berharap status seumpama itu tidak dipanjangkan dan dikongsikan di mana-mana laman sosial.

"Saya ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dan terikut-ikut dengan tindakan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan susulan paparan di laman Facebook (FB) yang dimuat naik kumpulan mengelar diri mereka ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ berhubung gambar didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial.

Md Farid seterusnya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit untuk menghentikan segera perbuatan tersebut.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mengarahkan Ketua Polis Negara supaya menyiasat kes tersebut dengan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah ke muka pengadilan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab susulan imej yang menghina itu dimuat naik di laman FB, semalam.

Md Farid meminta rakyat Malaysia melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang status atau cubaan untuk menghina Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana isu yang disifatkan sensitif dan berisiko menggugat keharmonian kaum.

"Kita akan terus menyokong dan mendukung institusi Raja Berperlembagaan dan tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat sebarang cubaan untuk mengganggu-gugat perkara ini,” katanya.



Demikianlah Artikel Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia

Sekianlah artikel Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/tindakan-pihak-menghina-agong-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tindakan Pihak Menghina Agong Bukan Sikap Rakyat Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...