Loading...
Judul : 10 NGO, Parti Politik Lapor Polis Kes Hina Agong Di Pahang !
link : 10 NGO, Parti Politik Lapor Polis Kes Hina Agong Di Pahang !
10 NGO, Parti Politik Lapor Polis Kes Hina Agong Di Pahang !
KUANTAN - Hampir 100 anggota daripada 10 badan bukan kerajaan (NGO) dan badan politik membuat laporan polis terhadap pengendali akaun Facebook 'Sabah-Sarawak Merdeka' yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini, dan antara yang terlibat ialah Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dan Kuantan, Persatuan Kebajikan Ukhuwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah) serta Persatuan Bekas Polis Indera Mahkota.
Turut membuat laporan polis ialah PAS Kawasan Indera Mahkota dan Kuantan, UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Kuantan selain laporan polis oleh UMNO Bahagian Jerantut dan PAS Bahagian Raub.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah mendesak supaya siasatan segera dilakukan kerana perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu amat biadap dan mengundang kemarahan rakyat Malaysia.
"Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang antara Rukun Negaranya ialah kesetiaan kepada raja dan negara. Ini juga satu tindakan provokasi yang tidak boleh diterima," katanya semasa ditemui selepas membuat laporan itu.
Pengerusi GPMS Pahang Muhammad Fikri Anuar berkata mereka mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terlibat supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain untuk tidak melakukan kesalahan sama pada masa hadapan.
"Kami mendapati tindakan dilakukan pihak terlibat berniat jahat dan menimbulkan gambaran negatif tentang peranan dan imej institusi Diraja sebagai simbol perpaduan rakyat," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan menerima laporan tersebut dan akan bekerjasama dengan pihak lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). #sumber
Demikianlah Artikel 10 NGO, Parti Politik Lapor Polis Kes Hina Agong Di Pahang !
Sekianlah artikel 10 NGO, Parti Politik Lapor Polis Kes Hina Agong Di Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 10 NGO, Parti Politik Lapor Polis Kes Hina Agong Di Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/10-ngo-parti-politik-lapor-polis-kes.html
0 Response to "10 NGO, Parti Politik Lapor Polis Kes Hina Agong Di Pahang !"
Catat Ulasan