Loading...
Judul : SPRM Siasat Penolong Pegawai Daerah Salah Guna Kedudukan
link : SPRM Siasat Penolong Pegawai Daerah Salah Guna Kedudukan
SPRM Siasat Penolong Pegawai Daerah Salah Guna Kedudukan
KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang Penolong Pegawai Daerah negeri ini bagi membantu siasatan berhubung pemilikan tanah di bawah Rancangan Tanah Kelompok (RTK) di Bera.
Pengarah SPRM negeri Mohamad Fauzi Husin berkata suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM pada Isnin lepas.
"Suspek disyaki telah menggunakan kedudukannya dalam satu jawatankuasa penyelesaian tanah bagi RTK di mukim Bera untuk memiliki tanah seluas 1.214 hektar untuk dirinya.
Dia dipercayai tidak membuat permohonan untuk mendapatkan tanah itu dan terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa tanah daerah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, SPRM memperoleh perintah tahanan reman selama 14 hari terhadap suspek, namun dia dibebaskan hari ini memandangkan siasatan telah selesai.
Mohamad Fauzi berkata siasatan yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu juga mempercayai kes itu turut melibatkan seorang anggota politik, namun enggan mengulas lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. #sumber
Demikianlah Artikel SPRM Siasat Penolong Pegawai Daerah Salah Guna Kedudukan
Sekianlah artikel SPRM Siasat Penolong Pegawai Daerah Salah Guna Kedudukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM Siasat Penolong Pegawai Daerah Salah Guna Kedudukan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/sprm-siasat-penolong-pegawai-daerah.html
0 Response to "SPRM Siasat Penolong Pegawai Daerah Salah Guna Kedudukan"
Catat Ulasan