Loading...

Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu

Loading...
Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu
link : Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu

Baca juga


Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu


KUANTAN: Keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan haji, tidak lagi dibenar mendaftar semula mengerjakan ibadat itu untuk kali kedua, disifatkan sebagai tidak wajar.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata walaupun TH memaklumkan ia bertujuan memberi peluang individu lain menunaikan haji berikutan senarai menunggu terlalu panjang, perkara berkaitan ibadat itu tidak boleh disekat atau dihadkan atas alasan sedemikian.

“Sekiranya kita memahami syarat untuk menunaikan fardu haji, tidak akan timbul isu mengehad atau menyekat keinginan orang berkemampuan untuk menunaikan haji.

“Jika mereka mampu, kenapa kita mengehadkan peluang untuk ke sana (Tanah Suci)? Niat untuk beribadat kepada Allah ini mana boleh disekat,” katanya kepada BH, hari ini.

BH Ahad, hari ini, melaporkan TH menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan haji, tidak lagi dibenar mendaftar semula dengan institusi pengurusan dana haji itu untuk mengerjakan ibadat berkenaan buat kali kedua.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, dipetik sebagai berkata amalan selama ini ialah pendeposit yang sudah menunaikan haji, boleh mendaftar semula selepas lima tahun untuk senarai menunggu.

“Namun bermula tahun ini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian bagi memberi peluang kepada orang lain pula. Hingga kini, seramai 3.2 juta orang berada dalam senarai menunggu menunaikan haji, jadi kita berharap orang ramai memahami keadaan ini,” kata Zukri.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pihak TH dan Kerajaan Persekutuan sepatutnya meneruskan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi untuk menambahkan lagi kuota haji untuk Malaysia.

Malah, beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi sendiri tidak meletakkan syarat bahawa setiap orang Islam hanya dibenarkan datang sekali untuk menunaikan haji.

“Elok berbincang bagi menambahkan kuota daripada menyekat atau mengehadkan keinginan rakyat negara ini untuk menunaikan haji. Saya percaya setiap perkara (keputusan) dibuat ada jalan penyelesaian lebih baik,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu

Sekianlah artikel Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/mufti-pahang-dakwa-tak-wajar-hadkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mufti Pahang Dakwa Tak Wajar Hadkan Tunai Haji Jika Mampu"

Catat Ulasan

Loading...