Loading...
Judul : Sahruddin, Khuzzan, Aminolhuda Di Sebut Sebagai Calon MB !
link : Sahruddin, Khuzzan, Aminolhuda Di Sebut Sebagai Calon MB !
Sahruddin, Khuzzan, Aminolhuda Di Sebut Sebagai Calon MB !
JOHOR BAHRU – Dr. Sahruddin Jamal, Mohd. Khuzzan Abu Bakar dan Aminolhuda Hassan merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor beberapa hari kebelakangan ini, sebelum pengesahan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian hari ini.
Satu poster yang meletakkan gambar ketiga-tiganya, menjadi viral melalui media sosial hari ini, dengan tajuk ‘siapa pun calon Menteri Besar Johor mestilah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.’
Dalam pada itu, menurut sumber dalaman PKR, pihaknya mengetahui kerusi dan jawatan Menteri Besar Johor, adalah kouta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor.
Bagaimanapun, PKR tetap menyediakan dua nama iaitu Mohd. Khuzzan Abu Bakar dan Adun Bukit Naning, Md. Ysahrudin Kusni.
"Namun, semua keputusan untuk jawatan Menteri Besar Johor ini adalah atas perkenan Sultan Johor dan apa juga keputusan jawatan berkenaan akan kami terima.
"Namun perkara paling penting adalah khidmat yang diberikan kepada rakyat dengan mendahulukan rakyat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, difahamkan Parti Amanah akan menghantar nama calon sekiranya mendapat titah dari Sultan Johor.
"Kita tunggu titah daripada Tuanku (Sultan Ibrahim). Jika Tuanku titah maka kita akan hantar. Setakat ini, Amanah belum hantar lagi," kata sumber dalaman parti itu kepada Bernama.
Sumber tersebut turut memberitahu parti itu sudah pun meletakkan nama calon yang hanya akan dimaklumkan kemudian.
Sahruddin dari Bersatu Johor merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong manakala Mohd. Khuzzan yang juga ADUN Semerah, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri.
Sementara itu, Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Amanah Johor, kini turut menyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan dan merupakan ADUN Parit Yaani.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari Kerajaan Negeri Johor.
Terdahulu, Sahruddin menjadi wakil rasmi Osman ke Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya hari ini.
Pengumuman peletakan jawatan Osman disahkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini di lobi parlimen, selepas satu pertemuan antara Mahathir dan Osman di Putrajaya semalam. #sumber
Demikianlah Artikel Sahruddin, Khuzzan, Aminolhuda Di Sebut Sebagai Calon MB !
Sekianlah artikel Sahruddin, Khuzzan, Aminolhuda Di Sebut Sebagai Calon MB ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sahruddin, Khuzzan, Aminolhuda Di Sebut Sebagai Calon MB ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/sahruddin-khuzzan-aminolhuda-di-sebut.html
0 Response to "Sahruddin, Khuzzan, Aminolhuda Di Sebut Sebagai Calon MB !"
Catat Ulasan