Loading...
Judul : Osman Sapian MB Johor "Paling Singkat" Tempoh Pentadbiran
link : Osman Sapian MB Johor "Paling Singkat" Tempoh Pentadbiran
Osman Sapian MB Johor "Paling Singkat" Tempoh Pentadbiran
JOHOR BAHRU - Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam, merupakan menteri besar yang dipercayai paling singkat mentadbir kerajaan negeri ini iaitu tidak sampai 11 bulan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di Istana Bukit Serene pada 12 Mei tahun lepas, susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.
Osman, ketika dilantik merupakan Setiausaha PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai menteri besar.
Pada PRU lepas, PH memenangi 36 kerusi DUN berbanding BN yang mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi, sekaligus mendapat mandat parti itu membentuk kerajaan negeri.
Osman yang bertanding di kerusi DUN Kempas memperoleh 21,137 undi mengalahkan lawannya dengan majoriti 9,178 undi iaitu calon BN, Datuk Ramlee Bohani yang menerima 11,959 undi manakala calon PAS, Dzulkifli Suleiman menerima 2,321 undi. #sumber
Demikianlah Artikel Osman Sapian MB Johor "Paling Singkat" Tempoh Pentadbiran
Sekianlah artikel Osman Sapian MB Johor "Paling Singkat" Tempoh Pentadbiran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Osman Sapian MB Johor "Paling Singkat" Tempoh Pentadbiran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/osman-sapian-mb-johor-paling-singkat.html
0 Response to "Osman Sapian MB Johor "Paling Singkat" Tempoh Pentadbiran"
Catat Ulasan