Loading...

Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah

Loading...
Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah
link : Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah

Baca juga


Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini beriltizam akan meneruskan legasi dan sifat perikemanusiaan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

"Ia suatu yang sukar beberapa hari ini buat kami sebagai sebuah keluarga. Tetapi kami tidak mungkin dapat melalui semua ini tanpa cinta, sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga, rakan-rakan, rakyat Pahang dan semua rakyat Malaysia.

"Untuk ini dan yang lain lagi, kami berterima kasih dengan setulus hati kepada anda," titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, rakyat Malaysia telah kehilangan seorang manusia yang luar biasa namun yang lebih penting, mereka kehilangan ayahanda yang tersayang dan rakyat kehilangan seorang Sultan yang benar-benar luar biasa.

"Malahan, kami berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kami dengan seorang pemimpin dengan sifat yang merendah diri yang kita semua terdorong dengan kasih sayang dan rahmatnya kepada rakyat Pahang dan Malaysia. Ayahanda kami kekal dalam sanubari kami buat selama-lamanya, Al Fatihah," demikian titah kedua-dua Baginda.

Pada 22 Mei, Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pukul 8.50 pagi.

Sultan Ahmad Shah, 88, adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang ini. #sumber


Demikianlah Artikel Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah

Sekianlah artikel Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/agong-beriltizam-meneruskan-legasi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah"

Catat Ulasan

Loading...