Loading...

Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus !

Loading...
Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus !
link : Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus !

Baca juga


Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus !


KUALA NERUS - Perjalanan pulang seorang wanita yang sedang hamil lima bulan bersama suaminya dari kampung halaman berakhir dengan tragedi selepas pasangan itu maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Tapak Perlupusan Sampah Kampung Sungai Ikan di sini hari ini.

Siti Nur Shahila Asla, 26, dan suami, Hafiiz Mohd. Ibrahim, 29, yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan pada kemalangan yang berlaku pada pukul 9.20 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd. Razak Hassan berkata, turut maut dalam kemalangan terbabit pasangan suami isteri, Anuar Said, 59, dan isterinya, Che Khasliza Che Hussin, 53, yang menaiki kereta jenis Peugeot akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Beliau berkata, anak Anuar dan Che Khasliza, Nurul Nadirah, 13, pula cedera di bahagian muka dan kaki dan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

"Sewaktu kejadian, Siti Nur Shahila dan Hafiiz dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga pada cuti hujung minggu di kampung di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan.

"Keluarga Anuar pula dalam perjalanan pulang ke Besut selepas menziarahi jenazah sepupunya yang meninggal dunia di Dungun," katanya di sini hari ini. #sumber


Demikianlah Artikel Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus !

Sekianlah artikel Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/empat-mangsa-maut-dua-kereta-bertembung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Empat Mangsa Maut, Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus !"

Catat Ulasan

Loading...