Loading...

Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin

Loading...
Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin
link : Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin

Baca juga


Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin


KUALA LUMPUR - Pemergian penyanyi veteran Datuk Dahlan Zainuddin turut dirasai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disifatkan sebagai biduan negara.

Baginda bertitah, Dahlan bukan seseorang yang asing dalam arena seni kerana baginda secara peribadi mengenali dan meminati setiap karya Allahyarham. 

Titahnya, antara lagu yang masih diingati ialah Kisah Seorang Biduan iaitu berkisarkan penghijrahan golongan muda untuk meneruskan kehidupan. 

"Saya sememangnya mengenali Allahyarham sejak dari muda kerana beliau sering diundang untuk membuat persembahan upacara di Pahang. 

"Dia seorang yang baik dan saya amat meminati beberapa lagu beliau antaranya sudah tentu Kisah Seorang Biduan," titahnya.

Baginda turut berharap ramai dalam kalangan penggiat seni mencontohi Allahyarham yang berjuang melahirkan ramai bakat tempatan. 

Terdahulu, baginda berkenan mencemar duli melawat jenazah Dahlan yang ditempatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq di sini.

Baginda turut menyempurnakan solat sunat jenazah dan menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah. 

Baginda yang tiba pada pukul 9.30 pagi itu kemudiannya berangkat pulang pada pukul 10 pagi. 

Terdahulu, Dahlan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada pukul 9.48 malam tadi akibat serangan strok.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur hari ini. #sumber


Demikianlah Artikel Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin

Sekianlah artikel Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/agong-turut-berduka-atas-kehilangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin"

Catat Ulasan

Loading...