Loading...

Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan

Loading...
Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan
link : Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan

Baca juga


Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan


KUALA LUMPUR  - Bibit-bibit mempamerkan kemewahan dan kekayaan melampau didakwa semakin kelihatan dalam kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ‘penyakit’ itu menjadi semakin parah adalah menjadi tanggungjawab masyarakat dan semua pihak untuk menegur perbuatan tersebut.

“Baik sahabat dalam parti dan majlis kena tegur kerana orang yang berkuasa itu dengan sekelip mata, kadang-kadang limpahan kekayaan menonjol sekali.

“Bukan sahaja dalam Barisan Nasional (BN), tapi dalam Pakatan Harapan (PH) nampak bibit sedemikian. Baru lagi pegang jawatan, nampaknya luar biasa cara hidup dan perbelanjaan,” katanya ketika berucap di sini hari ini.

Terdahulu beliau berbuka puasa dalam Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni Kolej Dar al-Hikmah (KDH).

Dalam perkembangan sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, keadaan itu mungkin akan timbul kritikan sinis yang mengatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berani mengambil tindakan terhadap pemimpin yang berkuasa.

Kata beliau, sokongan semua pihak kepada kerajaan PH haruslah bersyarat, tidak boleh sama seperti sokongan kepada BN dan UMNO.

Jelasnya, idealisme yang ingin diterapkan kepada penyokong PKR dan PH adalah tiada tolak ansur dengan rasuah dan kekayaan dalam keluarga.

“Ini berlaku dalam pimpinan PH. Peringatan saya supaya masyarakat madani agar tidak sesekali meremehkan dengan tanggapan dia sahabat kita, dia pemimpin kita, kalau dia kaya melimpah tidak apa, ini kabilah assabiyah yang patut ditinggalkan,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan

Sekianlah artikel Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/anwar-dakwa-pemimpin-ph-sudah-berani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Dakwa Pemimpin PH Sudah Berani Pamer Kemewahan"

Catat Ulasan

Loading...