Loading...

Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya

Loading...
Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya
link : Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya

Baca juga


Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya


KUALA LUMPUR 17 Mei - "Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar." Hanya kalimah Allah itu sahaja dapat dilafazkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila mendapat perkhabaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan pengesahan menyatakan Malaysia telah menarik balik niat untuk meratifikasi Statut Rom.

Menurut Ismail Sabri, sepanjang Ramadan, rakyat telah melalui saat tegang dan berada di bawah tekanan kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah masih beria-ia untuk mengkaji dan mahu meneruskan usaha meratifikasi Statut Rom walau Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalannya sebelum itu.

“Kejayaan rakyat hari ini merupakan sebuah kejayaan bersama menentang kerajaan DAP-PH yang sedang membawa masuk agenda tersembunyi terhadap hak Melayu, hak umat Islam dan Institusi Raja-Raja terutama berkaitan kekebalan Raja-Raja Melayu yang selama ini kita dukung dan julang sebagai hak keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan.

“Dalam masa yang sama Statut Rom juga memperlekehkan Raja-Raja Melayu malah segala undang-undang yang terdapat di Malaysia terutama Mahkamah Khas untuk membicarakan Raja-Raja Melayu.

“Agenda demi agenda boleh kita lihat yang mahu dibawa oleh kerajaan PH ini sepanjang setahun mereka berkuasa. Kesemua agenda yang mahu dibawa ialah berkaitan hak istimewa Islam, Melayu,Bumiputera dan sama rata agama melalui cadangan ratifikasi ICERD,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, rakyat tahu siapa yang ada di belakang kesemua agenda yang telah dibawa.

“Kita tahu keterlibatan individu-individu penting yang sentiasa mencuba dan mengkaji apa jua cara untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.

“Alhamdulillah, dalam bulan Ramadan yang barakah ini perjuangan kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Benarlah, dalam bulan mulia ini doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT.

“Bagaimana Rasulullah berjaya dalam Perang Badr bersama para Sahabat pada 17 Ramadhan berdepan Kaum Quraisy dan begitu juga kita telah mencatat sejarah kemenangan pada 10 Ramadhan menentang PH di Malaysia..Allahuakbar,” kata beliau.

Kata Ismail Sabri:

“Kita semua harus sujud syukur kepada-Nya atas pengurniaan kemenangan ini yang telah menidakkan agenda PH yang mahu dibawa.”  #sumber


Demikianlah Artikel Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya

Sekianlah artikel Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/ismail-sabri-statut-rom-allahuakbar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ismail Sabri: Statut Rom, Allahuakbar! Sujud Syukur KepadaNya"

Catat Ulasan

Loading...