Loading...

Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya

Loading...
Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya
link : Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya

Baca juga


Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya


PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing­-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 14 Jun depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak 13 sen iaitu daripada RM2.76 kepada RM2.63 seliter untuk tempoh sama.

Menurutnya, penetapan harga runcit produk petroleum itu akan dikekalkan untuk tempoh dua minggu bersempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri dengan anggaran subsidi sebanyak RM165.27 juta.

"Sebanyak RM120.94 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM44.33 juta.

"Selepas 14 Jun, penetapan harga runcit produk petroleum ini akan kembali kepada asal di mana penetapan akan dibuat secara mingguan," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, penurunan itu adalah berikutan harga produk petroleum diproses di pasaran dunia telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Jun hingga 14 Jun depan sepatutnya masing-masing adalah RM2.33 dan RM2.40 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya

Sekianlah artikel Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/harga-petrol-ron95-diesel-kekal-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Harga Petrol RON95, Diesel Kekal Dua Minggu Sempena Raya"

Catat Ulasan

Loading...