Loading...

JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang

Loading...
JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang
link : JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang

Baca juga


JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang


KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang akan menempatkan anggotanya di 18 lokasi daripada 36 kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini, kata Pengarahnya Mohammad Abdullah.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan rondaan lebih kerap bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan, selain memberikan tumpuan kepada kenderaan berat yang dilarang untuk menggunakan jalan raya pada tempoh larangan.

Mohammad berkata seramai 326 kakitangan JPJ negeri dengan 74 buah kenderaan akan ditempatkan di 18 lokasi itu yang antaranya melibatkan laluan utama ke Kelantan seperti Bentong-Raub dan Benta-Merapoh di Lipis.

Selain itu, ia juga turut melibatkan laluan dari Selatan untuk ke Pantai Timur seperti Nenasi-Tanjung Gemok dan Muadzam-Segamat di Rompin dan Pekan-Leban Chondong.

"Ketetapan ini dibuat kerana kita menyasarkan penurunan kepada statistik kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan yang dicatatkan pada tahun lepas," katanya selepas melancarkan Operasi Penguatkuasaan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Gambang di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Mohammad juga mengagihkan bubur lambuk, risalah berkaitan portal perkhidmatan dalam talian jabatan MySIKAP dan risalah pemberitahuan untuk pengguna melaporkan kesalahan lalu lintas kepada pengguna jalan raya.

Beliau berkata pengguna jalan raya boleh membuat aduan secara terus di talian 09-5733027 atau menggunakan aplikasi WhatsApp dengan butiran lengkap kesalahan ke 013-4498997 atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my.

Pada perkembangan lain, Mohammad berkata sebanyak 30 notis saman telah dikeluarkan kepada 240 kenderaan sepanjang operasi bersepadu dengan Jabatan Perhutanan Pahang selama lima hari bermula 13 Mei lepas.

"Daripada jumlah kenderaan yang terlibat, 83 buah kenderaan adalaah lori balak yang terlibat dalam pelbagai kesalahan," katanya.



Demikianlah Artikel JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang

Sekianlah artikel JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/jpj-tempat-anggota-di-18-lokasi-kerap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JPJ Tempat Anggota Di 18 Lokasi Kerap Kemalangan Di Pahang"

Catat Ulasan

Loading...