Loading...

Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya"

Loading...
Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya" - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya"
link : Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya"

Baca juga


Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya"


KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, mengakui bahawa kesempatan bersama rakyat dalam pelbagai program adalah sesuatu yang amat besar ertinya kepada baginda.

Sultan Abdullah bertitah menghadiri program seperti berbuka puasa dan pengurniaan bantuan kepada golongan yang memerlukan juga merupakan amalan keluarga yang sudah dilakukan sejak zaman Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

"Paduka ayahanda saya yang meletakkan amalan sedemikian kepada semua (anggota keluarga) dengan prinsip kalau dapat, kita mahu tingkatkan silaturahim antara raja dengan setiap lapisan rakyat.

"Sepanjang hayatnya, almarhum paduka ayahanda banyak melakukan pelbagai program bersama rakyat dan ini adalah legasi yang akan saya teruskan berpaksikan kepada prinsip raja dan rakyat berpisah tiada," titah baginda.

Sultan Abdullah bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan yang Memerlukan di Masjid Sultan Ahmad 1 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pahang.

Sultan Abdullah juga bertitah mengingatkan mereka yang layak untuk menjelaskan zakat perniagaan supaya melaksanakan tanggungjawab itu dan manzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sudah melakukannya.

"Antara hikmat zakat ialah untuk mengurangkan golongan fakir dan miskin serta merapatkan jurang perbezaan antara mereka yang berada dengan yang kurang bernasib baik," titah baginda.

Pada majlis itu, Sultan Abdullah juga berkenan menerima penyerahan zakat perniagaan daripada sembilan badan korporat di Pahang berjumlah RM9.4 juta, antaranya daripada Tabung Haji bernilai RM4.59 juta, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) (RM2.38 juta) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (RM760,158).

Turut menyerahkan zakat ialah Etiqa Family and General Takaful Berhad (RM543,500), Bank Islam Malaysia Berhad (RM364,699), Agrobank (RM275,500), Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM247,806), Angkasa Pahang Zon 1 (RM161,880) dan Celcom Axiata Malaysia Berhad (RM114,210). #sumber


Demikianlah Artikel Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya"

Sekianlah artikel Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya" dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/yang-di-pertuan-agong-bersama-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yang di-Pertuan Agong: "Bersama Rakyat Besar Erti Buat Saya""

Catat Ulasan

Loading...