Loading...

'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan

Loading...
'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan
link : 'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan

Baca juga


'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan


KUANTAN - 'Ide gila' dua beranak sejak tiga tahun lepas, mencetuskan kewujudan hotel kapal terbang, dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini.

Kevin Young Thien Sheng, 30, berkata, hasrat untuk membuka hotel unik itu yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 dijangka dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan, memandangkan beliau baharu 'memindahkan' kapal terbang itu ke Sungai Lembing di sini.

Sambil tersenyum, Kevin berkata pesawat itu dibeli ayahnya, Young Yeong Long, 61, daripada sebuah syarikat penerbangan yang perlu melupuskan pesawat yang telah melebihi tempoh perkhidmatan.

"Kerja yang paling sukar ialah membawa pesawat dari Selangor ke sini. Kami perlu memotong pesawat kepada beberapa bahagian, menyewa lima buah treler dan dua buah kren untuk mengangkat pesawat pada awal bulan Mei.



"Kami juga perlu membuat jalan khas supaya kenderaan yang membawa pesawat dapat masuk ke resort. Kami sedaya upaya tidak mahu menebang pokok di sini, namun terpaksa juga memotong satu dua (pokok) bagi memuatkan bahagian sayap," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kevin berkata, mereka mengambil masa selama dua bulan merancang 'perjalanan' pesawat itu ke sini, supaya kenderaan membawa pesawat itu tidak menganggu aliran trafik khususnya laluan jalan raya Persekutuan sebelum memasuki lebuh raya.



"Paling seronok ialah apabila kami mula memasuki Sungai Lembing. Berita tentang pesawat ini tersebar begitu cepat dan orang ramai beratur di tepi jalan untuk melihat sendiri... suasana begitu meriah ibarat pesta pada hari itu," katanya.

Beliau, graduan sarjana muda Universiti Lim Kok Wing, enggan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk membeli pesawat itu, sekadar senyum dan berkata 'sangat mahal' selain perlu mematuhi prosedur yang sangat ketat.

Walaupun mengeluarkan belanja yang besar, Kevin menambah mereka mungkin membina hanya lima buah bilik daripada keseluruhan 36.57 meter (120 kaki) pesawat itu bagi menjamin keselesaan pengunjung.

"Saya mahu mengekalkan ciri-ciri pesawat seperti pintu masuk... jadi mungkin satu dua bilik akan menggunakan pintu bagasi sebagai pintu masuk dan ada bilik akan diakses menggunakan pintu masuk penumpang. Ini memberi pengalaman tersendiri kepada pengunjung.

"Bahagian kokpit pula akan dikekalkan supaya semua pengunjung boleh merakamkan kenangan. Tren terkini pengunjung mahu gambar yang cantik untuk dimuatnaik dalam laman sosial khususnya di Instagram," katanya.

Bagi merealisasikan impian itu, Kevin memberitahu beliau kini 'meninggalkan sementara' urusan perniagaannya di Kuala Lumpur kerana mahu seluruh tenaga dan masa ditumpukan kepada pembinaan hotel itu, supaya siap mengikut jadual.

Katanya, mereka tidak mempunyai banyak masa kerana telah menghabiskan dua tahun 'meronda ke pelbagai tempat' bagi mencari pesawat yang semuanya berakhir dengan kehampaan kerana keadaan kapal terbang yang tidak sesuai.


"Ada yang kata lebih murah dan mudah jika kami hasilkan sahaja bangunan berbentuk kapal terbang. Tapi saya tidak mahu kerana perasaannya tidak sama jika dibandingkan dengan menggunakan sebuah pesawat betul," katanya. 

Sejak dua minggu lepas, Kevin berkata rutin hariannya adalah membuka setiap lekapan dalam pesawat bagi mendapat ukuran dalaman sebenar sebelum beliau boleh mereka bentuk dalaman bilik, yang setiap satu akan memiliki bilik air sendiri.

"Kami menempatkan pesawat ini di kawasan hutan kerana mahu bersatu dengan konsep semulajadi supaya menjadi pilihan pengunjung yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar," katanya.

Kevin berkata bagi 'melindungi' keunikan hotel itu, mereka sedang mendaftarkan jenama hotel kapal terbang itu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana berhasrat mahu membuka hotel dengan konsep serupa di lokasi berbeza. #sumber


Demikianlah Artikel 'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan

Sekianlah artikel 'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/ide-gile-dua-beranak-wujud-hotel-kapal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Ide Gile' Dua Beranak Wujud Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan"

Catat Ulasan

Loading...