Loading...
Judul : Why Leong Mengaku Hantar Mesej, Dakwa Telah Minta Maaf !
link : Why Leong Mengaku Hantar Mesej, Dakwa Telah Minta Maaf !
Why Leong Mengaku Hantar Mesej, Dakwa Telah Minta Maaf !
Katanya, mesej tersebut dihantar memandangkan dirinya dan rakan ahli DAP 'ditangkap secara salah' sehari sebelum itu kerana dituduh terlibat dalam penyeludupan rokok yang ditemukan dalam sebuah kereta.
Dia mendakwa polis melayan rakannya secara kasar ketika soal siasat dan bertindak seolah-olah mereka 'penjahat' sebelum kedua-duanya ditahan selama 24 jam.
Beliau berkata, dia menjadi marah dan mengunakan kata-kata yang tidak sewajarnya ketika menghantar mesej teks kepada Mazlan iaitu: "Sesiapa nak lawan PH, masa akan datang dia akan tak aman."
Bagaimanapun, beliau juga menyatakan selepas kejadian itu turut menghantar satu lagi mesej memohon maaf kepada Mazlan pada hari berikutnya.
"Saya menghantar mesej teks melalui aplikasi WhatsApp berharap moga-moga beliau (Mazlan) dan pegawai polis akan bertindak berdasarkan apa yang dikatakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya setia kepada kerajaan baharu.
"Bagaimanapun, pada pagi hari berikutnya 18 Mei, saya risau Mazlan mungkin salah faham maksud saya kerana pemilihan kata-kata saya yang tidak wajar. Saya kemudian menghantar satu lagi mesej memohon maaf dan menarik semula kenyataan saya yang tidak wajar itu.
"Saya, Loo Why Leong, seorang ahli perniagaan yang sah. Saya akan bertegas apabila rakyat memerlukan bantuan saya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Why Leong dilaporkan ditahan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut kelmarin bagi membantu siasatan selepas dikatakan mengugut Mazlan pada Khamis lalu.
Difahamkan laporan polis dibuat Mazlan pada Jumaat lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan yang didakwa daripada Why Leong menerusi aplikasi WhatsApp. #sumber
Demikianlah Artikel Why Leong Mengaku Hantar Mesej, Dakwa Telah Minta Maaf !
Sekianlah artikel Why Leong Mengaku Hantar Mesej, Dakwa Telah Minta Maaf ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Why Leong Mengaku Hantar Mesej, Dakwa Telah Minta Maaf ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/why-leong-mengaku-hantar-mesej-dakwa.html
0 Response to "Why Leong Mengaku Hantar Mesej, Dakwa Telah Minta Maaf !"
Catat Ulasan