Loading...
Judul : Jenazah Siti Kharina Telah Selamat Dikebumikan Selepas Isyak
link : Jenazah Siti Kharina Telah Selamat Dikebumikan Selepas Isyak
Jenazah Siti Kharina Telah Selamat Dikebumikan Selepas Isyak
Sebelum itu, jenazah Siti Kharina, 40, tiba di kampung halamannya di Kampung Tengah, pada 6.15 petang tadi.
Jenazah kemudiannya dibawa ke dalam rumah untuk tatapan terakhir anggota keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga.
Anggota Parlimen Kuala Pilah yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith antara 100 hadirin yang datang menziarah jenazah Allahyarham.
Misteri kehilangan Siti Kharina yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya semalam. Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.
Mangsa, dilapor hilang 8 Mei lalu selepas kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang.
Siti Kharina meninggalkan suami, tiga anak perempuan iaitu seorang berusia 14 tahun dan kembar berusia 10 tahun.
Katanya beliau bersama keluarga Siti Kharina pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan selain berbincang mengenai persiapan raya di kampung.
"Tidak sangka ada orang yang tergamak melakukan jenayah sedemikian dan kami berharap pihak polis dapat menangkap penjenayah itu dan dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui dan berkata beliau mengetahui berita kehilangan arwah melalui WhatsApp anaknya dan paling mengejutkan Allahyarham berjaya ditemui namun telah meninggal dunia.
Sepupu Siti Kharina yang hanya mahu dikenali sebagai Zura, 49, berkata beliau turut terkejut menerima berita kejadian itu.
"Kami sudah bertahun tidak berjumpa dan kejadian ini benar-benar memberi kesan kepada kami semua, tambahan pula pada bulan Ramadan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Jenazah Siti Kharina Telah Selamat Dikebumikan Selepas Isyak
Sekianlah artikel Jenazah Siti Kharina Telah Selamat Dikebumikan Selepas Isyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jenazah Siti Kharina Telah Selamat Dikebumikan Selepas Isyak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/jenazah-siti-kharina-telah-selamat.html




0 Response to "Jenazah Siti Kharina Telah Selamat Dikebumikan Selepas Isyak"
Catat Ulasan