Loading...

Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP

Loading...
Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP
link : Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP

Baca juga


Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP


PEKAN - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Profesor Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff dilantik sebagai Naib Canselor baharu universiti itu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Wan Azhar sebagai Naib Canselor keempat UMP adalah bagi menggantikan Prof Datuk Seri Daing Nasir Ibrahim yang tamat tempoh lantikan selepas menjawat jawatan itu selama 11 tahun bermula 16 Mei 2008.

Pelantikan Wan Azhar, 52, yang merupakan anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu adalah bagi tempoh tiga tahun bermula hari ini sehingga 15 Mei 2022.

Majlis Serah Tugas Naib Canselor yang berlangsung di Dewan Senat Canseleri Tun Abdul Razak kampus induk universiti itu di sini hari ini, turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Datuk Seri Ibrahim Ahmad.

UMP dalam kenyataan medianya memaklumkan Daing Nasir akan terus berkhidmat di universiti itu sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan Industri.

Wan Azhar memiliki kelulusan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Michigan Ann Arbor di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1990, Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal di Rensselaer Polytechnic Institute AS (1992) dan Doktor Falsafah (Teknologi Pembuatan Termaju) di Universiti Sains Malaysia (2004).

Beliau mula berkhidmat di UMP pada tahun 2004 sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan pernah menjawat jawatan sebagai dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan selama lima tahun bermula tahun 2012.

Wan Azhar berharap semua warga universiti akan memberi sokongan kepada kepimpinannya bagi memastikan UMP kekal cemerlang sebagai sebuah universiti awam yang unggul menerajui bidang kejuruteraan dan teknologi di dalam dan luar negara.

UMP juga merakamkan penghargaan kepada Daing Nasir yang banyak menyumbang kepada memartabatkan universiti sebagai satu daripada universiti terbaik di Asia dan dikenali di peringkat antarabangsa sejak menerajui kepimpinan UMP. #sumber


Demikianlah Artikel Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP

Sekianlah artikel Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/profesor-ir-dr-wan-azhar-di-lantik-naib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Profesor Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Naib Canselor Baharu UMP"

Catat Ulasan

Loading...