Loading...
Judul : Lelaki Maut, Kereta Dipandunya Bertembung Lori Muatan Sawit
link : Lelaki Maut, Kereta Dipandunya Bertembung Lori Muatan Sawit
Lelaki Maut, Kereta Dipandunya Bertembung Lori Muatan Sawit
KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta Produa Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan kelapa sawit di kilometer 25, Jalan Jerantut-Benta berhampiran Kampung Jerangsang di Lipis dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata Mohd Yusof Manah, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.15 petang itu.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berpunca apabila Mohd Yusof yang sedang dalam perjalanan dari Benta menuju ke Jerantut, memasuki laluan lori di arah bertentangan secara tiba-tiba.
"Pemandu lori mendakwa tidak dapat mengelak kereta itu kerana jarak yang sudah terlalu dekat," katanya kepada pemberita menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Kemalangan menyebabkan Mohd Yusof yang berasal dari Kampung Tekong Budu, Benta tersepit dalam kereta, bagaimanapun pemandu lori yang berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jenazah Mohd Yusof dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
Demikianlah Artikel Lelaki Maut, Kereta Dipandunya Bertembung Lori Muatan Sawit
Sekianlah artikel Lelaki Maut, Kereta Dipandunya Bertembung Lori Muatan Sawit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Maut, Kereta Dipandunya Bertembung Lori Muatan Sawit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/lelaki-maut-kereta-dipandunya.html
0 Response to "Lelaki Maut, Kereta Dipandunya Bertembung Lori Muatan Sawit"
Catat Ulasan