Loading...

Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus

Loading...
Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus
link : Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus

Baca juga


Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus


KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) Pahang akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan seorang pemimpin bahagian salah sebuah parti komponennya mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut.

Pengerusinya Fuziah Salleh berkata mereka mahu siasatan dijalankan dengan telus dan tanpa rasa takut atau pilih kasih kerana menghormati prisip keadilan dan undang-undang.

"Apa yang salah tetap salah. Kita tidak dikecualikan dari undang-undang, apatah lagi sebagai seorang pemimpin, kita harus menjadi contoh kepada rakyat, jadi kami memberikan ruang secukupnya kepada polis untuk menyiasat.

"Saya mengingatkan semua pemimpin PH untuk menunjukkan contoh yang baik. Jangan rasa kita hebat atau besar kerana sikap sedemikian salah. Sentiasa merendah diri seperti pepatah ular menyusur akar tidak hilang bisanya," katanya.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian semasa ditemui di Majlis Tadarus al-Quran dan Iftar Jama'ie Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Pahang 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan penahanan seorang pemimpin parti DAP berusia 53 tahun Ahad lepas, bagi membantu siasatan dakwaan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan menerusi pesanan WhatsApp yang didakwa berlaku pada Khamis lalu.

Suspek dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis Ibu Pejabat Daerah Jerantut merampas dan menahan rokok serta minuman keras tidak bercukai, yang dijual seorang lelaki yang juga memegang jawatan dalam parti.

Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat proses rakaman percakapannya pada petang Ahad lalu.

Fuziah berkata mengetahui mengenai insiden itu pada malam Ahad, dan telah berhubung dengan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah untuk mendapatkan penjelasan.

"Kita minta beliau siasat apa yang berlaku dan mahu melihat apa tindakan seterusnya parti terlibat. Tapi saya akui perkara itu ada dibincangkan dalam PH Pahang," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus

Sekianlah artikel Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/ugut-ocpd-ph-berikan-kerjasama-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ugut OCPD: PH Berikan Kerjasama, Mahu Siasatan Yang Telus"

Catat Ulasan

Loading...