Loading...

Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai

Loading...
Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai
link : Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai

Baca juga


Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai


KUANTAN - Polis telah menyelesaikan siasatan kes seorang pengerusi bahagian sebuah parti politik negeri ini, yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata kertas siasatan telah diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mereka kini sedang menunggu arahan lanjut untuk tindakan seterusnya.

"Kita sudah menghantar kertas siasatan rujukan mereka (timbalan pendakwa raya) dan memandangkan kes ini membabitkan ahli politik serta boleh dikatakan mempunyai kepentingan awam, jadi kertas siasatan dirujuk ke Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas mewakili Ketua Polis Pahang Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad pada pelancaran Op Selamat 15/2019 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) Pahang Datuk Abdul Aziz Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang Mohamad Abdullah.

Pada 19 Mei lalu, media melaporkan penahanan pengerusi bahagian parti politik yang dikatakan menghantar ugutan kepada Mazlan menerusi aplikasi WhatsApp yang dikatakan berlaku tiga hari sebelumnya.

Suspek yang berusia 53 tahun, didakwa berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jerantut, yang merampas rokok dan minuman keras tidak bercukai yang dikatakan dijual seorang lelaki, yang turut menjawat jawatan dalam parti.

Pada perkembangan lain, Othman berharap penurunan statistik jumlah kemalangan dalam Op Selamat sempena Aidilfitri Pahang pada tahun lalu dapat diteruskan tahun ini.

Katanya, pada Op Selamat sempena Aidilfitri lalu, sebanyak 1,045 kemalangan dengan 23 kematian dicatatkan berbanding tahun 2017 yang merekodkan 1,180 kemalangan dengan 21 kematian.

"Antara kawasan kemalangan yang akan menjadi tumpuan ialah Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Jalan Muadzam-Segamat dan Jalan Pintasan Kuantan," katanya.

Abdul Aziz pula berkata setakat semalam, sebanyak 317 borang maklumat pulang ke kampung telah diisi dengan 48 darinya menggunakan Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

"Pada tahun lalu sebanyak 5,000 borang diisi dan diharap tahun ini 6,000 borang akan dapat diisi oleh mereka yang ingin pulang ke kampung dalam usaha menggalakkan kerjasama masyarakat dalam memerangi jenayah," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai

Sekianlah artikel Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/othman-siasatan-pengerusi-bahagian.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Othman: Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut OCPD Selesai"

Catat Ulasan

Loading...