Loading...
Judul : Peniaga Pasar Malam Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis
link : Peniaga Pasar Malam Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis
Peniaga Pasar Malam Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis
KANGAR - Perbuatan jahat seorang peniaga pasar malam membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada Mac lalu mengundang padah apabila suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh, Mohd. Azimar Abd. Razak, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membakar kereta jenis Honda Accord berwarna hitam milik kerajaan negeri Perlis di Jalan Persiaran Wawasan di sini kira-kira pukul 5 pagi, 22 Mac lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain memberikan syarat supaya tertuduh melapor diri kepada pegawai penyiasat kes pada setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa serta ahli keluarga dan kenalan rapatnya.
Jaminan yang diberikan terbatal sekiranya tertuduh melanggar syarat tersebut.
Kes akan disebut semula pada 2 Julai depan.
Kosmo! pada 23 Mac lalu melaporkan kereta rasmi jenis Honda Accord berwarna hitam yang digunakan Mufti Perlis rosak teruk dipercayai akibat dibakar dalam kejadian awal pagi di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini.
Kejadian itu dikaitkan dengan isu pemecatan 25 imam kariah dan pertukaran 10 imam lain tanpa alasan pada Januari lalu sehingga menimbulkan kontroversi. #sumber
Demikianlah Artikel Peniaga Pasar Malam Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis
Sekianlah artikel Peniaga Pasar Malam Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peniaga Pasar Malam Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/peniaga-pasar-malam-tidak-mengaku-bakar.html
0 Response to "Peniaga Pasar Malam Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis"
Catat Ulasan